“Macam dah lama je Idham tak hubungi aku. Selalunya seminggu sekali mesti dia akan hubungi aku” aku bermonolog sendiri. Tanpa aku sedar, aku rindukan Idham. Yela dia adalah sahabat yang setia. Tak pernah merungut bila aku mintak tolong pun. Rika terus mendail nombor handphone Idham. Lama tunggu tapi tiada siapa yang sambut panggilan Rika. Rika mula susah hati bila fikirkan Idham. Dia risau sesuatu menimpa Idham. Rika terus menghubungi rumah Idham untuk bertanya dengan family Idham. Panggila Rika disambut oleh mak Idham. Berita yang mengejutkan Rika adalah Idham sedang terlantar di hospital.
Tanpa fikir panjang Rika terus memohon cuti seminggu untuk balik kampong dan menjenguk Idham. “Sampai hati kau buat aku camni” Rika merintih sambil air mata terus turun. Tapi Rika tak tau kenapa dia sedih macam ni. Petang tu jugak Rika memandu sendiri pulang ke kampung. Sampai di kampung Rika tak terus balik kerumah dia tapi terus ke hospital untuk menjenguk Idham.
Sampai sahaja di hospital Rika terus menangis di depan Idham kenapa tak beritahu dia masuk hospital. Idham terpegun melihat kelakuan Rika. Tak pernah dia melihat Rika sebegini rupa. Idham cuba memujuk Rika dan cakap dia taknak Rika risaukan dia. Lagi pun Rika tengah sibuk dengan projek baru tu. Rika terus merenung Idham dan bertanya “ko sakit ape? Mak cakap ko suruh rahsiakan dari aku. Tapi mak cakap serius. Ape yang ko cuba rahsiakan dari aku r?dulu ko tak macam ni pun. Semua benda kita kongsi sama. Kisah cinta ko pun kongsi ngan aku. Nape sekarang rahsia2 lak? Ko sakit apa?” Rika bertanya tak puas hati.
Idham hanya diam membisu sambil memerhatikan Rika. Manakala Rika pula terus mendesak Idham. Dengan berat hati Idham jawab semua persoalan Rika. “ Aku sakit barah otak tahap kritikal. Aku baru tau selepas aku pengsan di tapak pembinaan. Sebelum ni aku ada jugak rasa pening2 tapi aku anggap tu perkara biasa je. Selepas aku pengsan tu doctor suruh aku buat pemeriksaan lanjut. Tu yg aku baru tau. Aku tak bagitau ko sebab aku tak nak ko susah hati sebab aku. Aku sayangkan ko.”
Ayat terakhir Idham membuatkan Rika berfikir sejenak. Adakah dia tak salah dengar. “Ape ko cakap tadi? Ayat yang terakhir tu. Ko sayang aku? Biar betul. Tapi ko buat macam ni aku lagi susah hati. Tiba2 je hilang. Pelik tau. Aku call pun taknak angkat. Aku pun sayang ko lebih dari kawan. Dah lama aku pendam perasaan ni. Aku taknak kecewa kalau aku tak bagitahu ko perasaan aku ni.” Rika menunduk malu setelah meluahkan perasaannya pada Idham. Tapi Rika rasa lega setelah dia meluahkan perasaan yang telah lama dipemdam sejak sekolah.
“Tapi…………..dah terlambat ko luahkan perasaan ni Rika. Aku tiada banyak masa lagi. Doctor cakap aku ada setahun je lagi”. Idham taknak Rika kecewa. “Tu doctor cakap. Ajal maut di tangan Tuhankan. Nape ko cepat sangat mengalah ni? Sebelum ni ko tak macam ni pun. Ko sentiasa bersemangat. Aku nak Idham yang dulu bukan macam sekarang”. Rika tak puas hati tengok Idham yang mengalah sebelum berjuang.
………………………………………………………………………………
Selepas dua hari Idham pun dibenarkan keluar hospital. Rika yang setiap hari menemankan Idham di hospital. Keadaan tu membuatkan Idham terharu dan Rika terus terang takkan berputus asa untuk menyembuhkan Idham. Rika memberitahu keluarganya tentang penyakit Idham dan keluarganya juga turut bersimpati.
Sepanjang cuti masa Rika dihabiskan bersama Idham. Semua keperluan Idham cuba dipenuhi oleh Rika. Rika juga cuba mencari maklumat tentang penyakit Idham. Supaya dia lebih faham dan cuba mencari cara mengubati. Idham terharu dengan tindakan Rika. Tapi keakraban mereka membuatkan kedua belah keluarga susah hati. Takut nanti menjadi buah mulut orang kampung. Walaupun mereka telah berkawan tapi mereka tetap tidak mempunyai hubungan yang sah. Tapi keluarga Rika juga tidak bersetuju jika Idham menjadi pilihan Rika kerana Idham menghidap penyakit serius. Mereka taknak Rika bersedih bila Idham tiada walaupun mereka tau jodoh dan ajal maut di tangan tuhan.
…………………………………………………………………………………
Idham mula kerja seperti biasa walaupun dinasihatkan oleh Rika supaya menyambung cut lebih lama. Tapi Idham tetap berdegil untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai disebabkan cuti begitu lama. Semua orang di pejabat kemana Idham pergi cuti lama sangat. Nak kata kahwin tiada jemputan pulak. Muka pun pucat sahaja. Idham hanya mampu tersenyum bila di ajukan soalan kenapa lama bercuti.
Di pejabat Rika pun mengalami perkara yang sama. Kenapa Rika cuti mengejut selama seminggu dan ada usikan kata Rika bertunang. Tapi Rika hanye senyum je. Kebetulan Andrien ada di situ, tak senang hati Andrien dengar usikan kawan2 sepejabatnya. Dalam diam Andrien menyimpan hati terhadap Rika. Andrien, kacukan Malaysia-Belanda menyimpan perasaan terhadap Rika sejak hari pertama Rika bekerja di syarikat tu. Andrien anak saudara kepada Datuk dan merupakan pengurus operasi di syarikat Rika bekerja. Rika dan Andrien selalu berurusan tapi Rika tak mengambil pusing tentang Andrien. Kerana Andrien seorang yang serius semasa bekerja. Kebanyakan staf di pejabat Rika takut untuk bertembung dengan Andrien. Hanya Rika tak kisah, bagi Rika masa bekerja semua sama. Kalau salah perlu ditegur untuk diperbetulkan. Sikap tu yang makin menbuatkan Andrien tertarik terhadap Rika.
“Rika, masuk ofis I kejap” andrien intercom Rika. “Ish, pelik lak orang tua ni tiba2 panggil aku” Rika merungut sendiri. “Yes En. Andrien, ada apa yang saya tak buat lagi ke? Semua laporan projek seni bina saya dah hantarkan.” “Bukan itu lah. Saya nak Tanya kenapa awak ambil cuti menegejut hari tu? Betul ke desas desus yang awak bertunang?”. “Sejak bila pulak personal saya kena report dengan En. Andrien ni? Datuk pun tak tanya.” Rika mula tak puas hati. Sebab personal dia tiada kaitan dengan urusan kerja. “Bukan macam tu, saya Cuma ambil berat tentang rakan sepejabat. Lagipun you tuning tak ajak pun kawan2 sepejabat ni.” Andrien menjawab dengan tenang supaya isi hati dia tidak di kesan oleh Rika. “kalau I tak jemput tu maknanya bukan la. Ish, sejak bila jadi kaki kepoh ni en. Andrien?” Rika menempelak Andrien. “Lega”. “Apa yang lega En. Andrien?” Dengan muka pelik Rika tanya. “Tiada apa2 la. You boleh sambung keje you semula.
………………………………………………………………………………………(BERSAMBUNG)
wargghhhhhh...ade sambungannn lagi ke..jangan buat sad ending tau...ade beberapa typo error je..
ReplyDeleteYup.....dh mcm nk jd novel ni....hehe..
ReplyDeletetq bg komen membina...
len kali akan cek ejaan...
citer dongeng ke
ReplyDeleteSaya Disini: pe lak citer dongeng???kna wat cte realiti ke??
ReplyDeleteye la..buat citer realiti la.bru best nk bc
ReplyDeleteni cte realiti la....prnh berlaku la aku wat...
ReplyDeletexkan nak wat cte yg IDham bertunang lak...
pastu Rika kecewa?
woo..cerpen best ni..keep it up ;)
ReplyDelete