Wednesday, 28 November 2012

Novel Preview : CINTA 3 SUKU




"Berkasih tak mesti bersama, Berpisah bukan selamanya"

Penulis : Herma Diana
Penerbit: Alaf 21

Watak Utama:

Nurul Iman Panggilan Iman
Azahari Panggilan Arie

Watak Sampingan:

Suhaila - Penjaga Iman dan Kak Ipar Iman
Dr. Razif - Abg Iman
Amir - Kawan Baik Iman semasa bekerja di pasaraya
Julia - Girlfriend Arie
Alia - Kawan baik Iman semasa di U
Encik Rahman - Ayah kandung Iman
Puan Aisyah - Ibu kandung Iman
Mama - Ibu Arie
Tok & Tokwan - Tok & Tokwan Arie
Fareez - Peminat Iman di U
Kapten Nazwan - Kawan baik Arie

Sinopsis Belakang Buku:

'Sketsa Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal dan perwatakn kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

 Arie - Pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celupar gadis itu menimbulkan kejengkelan dihatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi keselekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
 
Coretan Aku

Ok tengok kulit pun dah menarik......PINK color ok. Harga pun ok gak....cuma RM19.90. Tapi aku xbeli pun novel ni. aku pinjam je dari kawan aku. Aku pun xtau ada novel ni. seperti novel yang lepas, aku suka novel yang ringkas dan bahan bacaan yg mudah untuk aku hadam. Novel ni pun macam tu jugak. Jalan cerita yang xberbelit2 dan boleh diterima akal aku la. Kisah cinta yang comel je.....hehe...Sebab aku rasa best, so aku dah ulang 2 kali baca novel ni.... : ) Aku sarankan kawan2 tuk baca novel je...just isi masa lapang.

No comments:

Post a Comment