Aku tersenyum malu apabila ditegur oleh kawan sepejabat tentang baju kedutku.
Dan aku terus berlalu masuk ke dalam bilikku. Tanpa aku sedar ada seseorang yang memerhatikan setiap tingkah laku aku. Pagi ni aku terlambat bangun kerana terlupa kunci alarm. Aku kelam kabut kerana aku ada mesyuarat penting dengan Datuk mengenai projek baru yang akan dilancarkan minggu depan.
Tepat 9am aku ketuk pintu bilik Datuk. “Masuk” kedengaran suara dari dalam.
“Ya Rika, macam mana perkembangan projek baru kita?” Datuk terus menyoal aku tanpa menjemput aku duduk. “Alhamdulillah Datuk, tinggal lagi 5% untuk siap. Minggu depan boleh dilancarkan seperti yang dirancang. Saya telah menyiapkan agenda majlis pelancaran bersama team Andrien. Cuma perlukan persetujuan Datuk sahaja. Saya rasa Andrien telah hantar draft tu pada Datuk untuk diperiksakan?”. “Bagus Rika, You are great and the best staff I have. Hope You can maintain your prestasi” Datuk memuji aku. Rasa kembang la kejap dengar pujian tu. Bukan senang nak dapat pujian dari orang tua ni. Yang dia tau komen je. Bertuah la aku hari ni. Klu Idaham dengar ni mesti dia jeles. Eh, sempat lagi aku ingat mamat sorang ni. “ Don’t say like that Datuk. I just do my job. Ok la Datuk, I keluar dulu.”
…………………………………………………………………………………………….
“Hah yang ko tiba2 nak belanja aku makan ni kenapa? Buang tabiat ke apa?
Setahu aku ko ni memang kedekut nak mampos.” Idham menempelak aku. Aku memang sorang yang kedekut. Tapi aku sedikit pun tak terasa hati ngan kata-kata Idham tu. “Alah ko ni aku nak belanja pun salah ke? Hari ni Datuk puji aku. Mesti ko tak percayakan.” Aku tersenyum bangga manakala Idham mencebik tengok melihat reaksi aku.
Idham merupakan kawan baik aku sejak di sekolah menengah lagi. Pernah cikgu memanggil kami berdua kerana ingat kami adalah couple. Kawan-kawan yang lain pun ingat kami couple. Kalau diingatkan balik memang aku akan tersenyum sorang. Walupun kami terpisah semasa di universiti tapi kami tetap berhubung. Bila cuti semester kami mesti akan berjumpa. Mak ngan ayah aku pun suka Idham. Aku pun rapat dengan family Idham. Dah macam keluarga sendiri la. Mak ngan ayah aku suka Idham sebab aku tiada adik beradik lelaki. Sekarang kami sama-sama telah bekerja di Kuala Lumpur. So, lagi la banyak masa kami luangkan bersama.
“Woit, dah sampai mana? Berangan ke? Sampai aku tanya pun tak jawab.” Terkejut aku disergah Idham. Terberangan pulak. “Alah ko ni, aku dengar la. Aku fikir jap nak bagi respon apa. Tapi boleh ko ulang balik ”. “Ah, malas aku cakap ngan ko ni. Banyak berangan lak”. Idham buat muka merajuk.
Malam ni berakhir dengan kegembiraan. Setiap kali aku bersama dengan Idham, aku rasa amat bahgia. Ada saja benda hendak diceritakan, diusik dan macam-macam la. Tak pernah kehabisan idea kami.
………………………………………………………………………………………………
(BERSAMBUNG)