Tuesday, 13 February 2024

Redha

 Senang untuk kita sebut redha. Bila sesuatu terjadi pada diri sendiri, susah juga untuk kita redha dan terima hakikat.

Tapi kita kena sentiasa ingat, Allah sentiasa bersama kita. Allah adalah tempat paling sesuai untuk kita mengadu.

Setiap dugaan tu Allah bagi sesuai dengan diri kita. Allah takkan menduga kita lebih dari kemampuan kita. 



Sunday, 10 January 2021

2021 Tahun Baru

 Tanpa sedar 2020 telah berlalu. Aku menjalani tahun baru 2021. Aku xtau arah tuju hidup aku. Hanya mengikut arus yang telah ditetapkan. Azam tahun baru pun dah tiada dalam kamus hidup aku. Tapi aku berharap 2021 membawa sinar baru dalam hidup aku. InshaAllah.

                           2021

Monday, 13 April 2020

Perkahwinan

Aku tak pasti nape tajuk ni jadi entry aku selepas beberapa lama aku xbuat entry. Maybe sebab lately aku banyak sangat dengar masalah orang selepas berkahwin.
Bagi aku perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang agak berat. Jika tidak mampu menggalas tanggungjawab ni, kita akan kecundang di pertengahan jalan.
 Perkahwinan adalah tentang dua orang yang saling melengkapi untuk menjadi sempurna. Bukan hanya seorang yang melengkapkan semuanya.
 Perkahwinan bukan sesuatu yang kita boleh try and error. Kalau boleh kita nak perkahwinan yang sampai ke akhir hayat.



P/S: Aku yang masih mencari makna perkahwinan.

Thursday, 12 October 2017

DIAM TANPA KATA





                       Setelah sekian lama aku menyepi dari menulis blog, hari ni aku kembali menulis atau lebih kepada luahan perasaan. Hampir setahun lebih aku tak menjenguk blog ni. Mungkin kerana seronok sangat? kekangan masa?atau kekangan idea?Banyak kemungkinan itu.

                         Hari ni menulis kerana aku sedih atau hiba. Huhu..Aku ada seorang kawan perempuan ni. keje sama dengan aku, maybe boleh dikatakan rapat jugak di ofis. Pada suatu petang, beliau dan beberapa kawan2 yang melawak dengan aku tentang fizikal aku. Aku memang tak berapa suka melawak pasal fizikal aku atau orang lain menjadi EMO apabila lawak berpanjangan. Aku bila EMO, lebih suka berdiam diri supaya tidak megeluarkan kata2 kesat.

                         Disebabkan kejadian ini, esok harinya kawan perempuan ni mula layan tak layan bila cakap dengan aku. Aku pun tak faham, sape yang sepatutnya marah. Benda ni berlarutan berhari2 sampai aku meluahkan dalam blog ni. Aku taknak meluahkan pada kawan2 di ofis, sebab aku kurang kepercayaan pada orang.

***Luahan seorang perempuan EMO.


Image result for Kawan bergaduh

Wednesday, 25 November 2015

Cerpen: Aku, Kau dan Dia - Ending


            "Rika boleh tak hujung minggu nie balik kampung???mak dan abah ada benda hendak dibincangkan. jangan2 tak boleh pulak yer" panggilan telefon dari mak membuatkan aku xsenang duduk di opis. tak sabar aku tunggu hari jumaat untuk pulang ke kampung. Semua keje yang aku buat serba tidak kena.
             Hari yang ditunggu Rika pun tiba. Lepas waktu kerja Rika terus pulang ke kampung memandu sendirian. Setibanya Rika di kampung dia terus bertanya tentang hal yang nak di bincangkan tu dengan mak dan abah." Bawak bersabar Rika. Masuk dan berehat dulu. Kamu tu mesti penat memandu seorangkan". Mak cuba memujuk aku. Aku pun masuk ke bilik untuk mandi dan berehat. Bila sampai waktu makan malam mak panggil aku dan bagitahu selepas makan malam ni akan bincang apa yang sepatutnya. Semakin tertanya-tanya hati aku.
           "Rika, abah dan mak rasa kamu sudah cukup umur untuk mendirikan rumah tangga. Betul tak? Adik-adik dan kakak kamu pun dah mendirikan rumahtangga. Abah rasa dah tiba masa kamu dengar cakap abah dan mak ni. Minggu lepas ada orang masuk meminang kamu. Abah dan mak rasa memang sesuai untuk kamu. Dia juga kenal kamu dan kami pun rasa kamu kenal dia. Dia berkenan untuk ambil kamu sebagai isteri dia". Aku tidak tahu hendak cakap apa bila abah dah bersuara macam tu. Abah memang jarang untuk bercakap kalau benda tu tidak penting. "Abah, siapa orang yang datang tu? Idham ke?" aku bertanya pada abah. Abah geleng kepala sambil jawab "bukan Idham dan kalau idham yang masuk meminang Rika, abah tidak dapat terima sebab penyakit dia. Abah taknak Rika bersedih bila Idham takde nanti. Walaupun abah tahu ajal maut tu di tangan Tuhan. Tapi abah nak yang terbaik untuk anak abah." Bila abah cakap macam tu aku faham abah takkan terima Idham walau macam mana pun. Aku minta tempoh dari abah dan mak untuk fikirkan benda ni.
,.....................,...................................................
             Akhirnya, hari yang dinantikan pun tiba. Aku terima cadangan Abah, itu pun selepas Idham pujuk aku. Idham ugut aku untuk tidak berjumpa aku lagi jika menolak pinangan ini. Idham cakap"persahabatan kami tidak akan putus walaupun aku dah kawin". Tapi sebenarnya Idham tak faham,aku nak dia yang jadi pengantin lelaki aku. 
               Aku sedang menunggu pengantin lelaki akad dengan hati yang berdebar2. Akhirnya aku sah menjadi isteri Andrian. Idham tidak dapat hadir masa majlis kawin aku.
     Rupanya pada hari yang  sama  penyakit Idham  telah menyerang.Idham telah dimasukkan ke hospital. keluarga Idham tidak menghubungi keluarga aku kerana tak nak majlis aku kucar kacir. selepas seminggu perkahwinan aku, baru Adik idham hubungi aku. "akak, Abg idham tenat. dia nak jumpa akak". begitu la perbualan aku dengan Adik idham. Tanpa fikir panjang aku terus pergi ke hospital. Bagi aku idham yang lagi penting. Sesampai aku di hospital, semua bagi laluan untuk aku berbicara dengan idham. 
       " Awak, saya rasa umur saya dah xpanjang. Mana Adrian? Kenapa awak datang sendiri? Tak baik awak buat suami macam tu. Awak patut bawak dia sekali." Macam tu permulaan ayat idham bila nampak aku. Dalam nafas yang tidak teratur. Sebak hati aku tengok keadaan Idham. Dalam keadaan macam tu pun dia masih fikirkan diri aku.
        "Awak jangan cakap macam tu" aku bersuara dalam keadaan sebak. Air mata aku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Tak sanggup aku lihat penderitaan Idham melawan penyakitnya. "Awak jangan risaukan saya. Saya dah mesej Adrian dalam perjalanan ke sini. Saya takkan membelakangkan suami saya. Saya tau tanggungjawab saya sebagai isteri.Apa yg awak nak sampaikan pada saya? Saya tetap sayangkan awak Idham."
       Idham menggangguk dengan penjelasan yang aku sampaikan pada dia. Sambil merenung aku Idham menyambung ayat dia "awak, jadi la isteri yang solehah untuk Adrian. Walaupun kita tidak dapat bersama, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Saya mendoakan awak menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali untuk anak2 Adrian." Selepas habis berbual dengan Rika, Idham minta untuk berehat dan tidak mahu diganggu.
..................................................................................
SETAHUN KEMUDIAN

"Sayang pergi la tengok Idham tu. Nape pulak dia nangis.Saya nak bancuh susu ni." Rika menyuruh Adrian.
"Ye la honey. Maybe dia dah lapar tu. Daddy datang sayang."
         Rika dan Adrian telah dikurniakan anak lelaki selepas pemergian Idham. Adrian tidak membantah idea Rika untuk memberi nama anak mereka Idham, kerana dia tau cinta Rika sekarang hanya untuk dia seorang. Rika cuba menjadi isteri yang solehah untuk suaminya, Adrian. Jika mempunyai masa terluang Rika dan Adrian akan melawat pusara Idham atas dasar kawan.



***Lama masa yang aku ambil untuk habiskan cerpen ni. Maybe kerana kekangan masa yang ada. Aku xtau la ada ke x yang tunggu aku habiskan cerpen ni..




     

Tuesday, 24 November 2015

"Like I'm Gonna Lose You"

BY: MEGHAN TRAINOR

I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

[John Legend:]
In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know

So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow

[Both:]
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Hey
Whoa

I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you


##Aku suka muzik lagu ni....menusuk di jiwa...boleh mcm 2???

Monday, 6 April 2015

Provok Perasaan

             Macam mana nak ceritakan tajuk ni????Tapi lately perasaan aku di provok untuk jatuh cinta dengan jejaka disekeliling aku....tapi aku still conpius dengan perasaan aku. Kadang2 aku rasa macam masih ada hati dengan crush aku....Kadang2 aku rasa aku dah lupa dia. Tapi untuk terima orang lain masih berbelah bagi...
            Berkenaan tajuk ni....Aku baru start keje ditempat baru. So, sebelah meja aku ada seorang kakak ni... Walaupun kami baru kenal tapi dia cuba nak rapatkan aku dengan sorang jejaka ni....hari2 dia akan ceritakan pasal jejaka ni...Semua benda2 yg baik akan di bagitau..Betul tak situasi ni seperti provok perasaan?
            Kawan aku pun cuba provok perasaan aku dengan suruh aku terima sorang kenalan laki aku ni...tapi aku xde perasaan dengan kenalan laki aku ni...


 

Image result for provocation of feeling






Image result for provocation of feeling